Fitri perkuatkan BRM FC dalam Liga M3 - Utusan Malaysia

Fitri perkuatkan BRM FC dalam Liga M3

MOHD. Fitri Omar (tengah) menandatangani kontrak bersama BRM FC di Ipoh semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Wakil Perak dalam Liga M3, BRM FC mengikat pemain pertahanan Kelantan United, Mohd. Fitri Omar bagi memperkasakan pasukan menghadapi saingan musim ini yang bermula Mac depan.

Pengurus pasukan, Aliff Nor Azaman yakin pengambilan pemain itu mampu meningkatkan benteng kelab dari Kuala Kangsar itu.

“Mohd. Fitri mengikat kontrak setahun dengan kami semalam. Kehadirannya diyakini meningkat kemampuan pasukan, ” katanya.

Menurut Aliff, BRM FC juga sedang menguji seorang lagi pemain berpengalaman.

“Jika lulus ujian pemain itu akan menjadi anggota pasukan BRM FC,” katanya.

Sebelum ini, BRM FC mendapat khidmat bekas pemain Kedah, Azmeer Yusoff.

Menurut Aliff, pasukan itu bersungguh-sungguh dalam mengejar impian ke Liga Perdana 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya