Fakri sarung jersi ‘Budak Rumah Murah’ - Utusan Malaysia

Fakri sarung jersi ‘Budak Rumah Murah’

Ahmad Fakri Saarani (kiri) memeterai perjanjian sebagai pemain BRM FC untuk Liga M3 musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Wakil Perak dalam Liga M3 2022, Budak Rumah Murah (BRM) FC bakal diperkuatkan oleh bekas penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani.

Kemasukan penyerang ­berusia 32 tahun itu menjadikan tiga pemain berpengalaman menyertai skuad bimbi­ngan jurulatih Manja Man dalam kejohanan bermula 11 Februari depan.

Dua lagi pemain ialah ­Az­meer Yusoff dan Mohd. Fitri Omar.

Pengurus pasukan , Aliff Nor Azaman yakin pengambilan pemain itu mampu meningkatkan kemampuan jentera serangan Kelab dari Kuala Kangsar itu.

“Fakri mengikat kontrak setahun dengan kami.

“Kehadirannya diyakini me­ning­kat kemampuan pasukan,” katanya.

Menurut Aliff, pasukan itu bersungguh-sungguh dalam mengejar impian ke Liga P­er­da­na 2023.

Sebanyak 20 pasukan me­nyertai liga amatur anjuran Liga Bola Sepak Amatur (AFL) yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000 itu.

BRM FC diundi di dalam Kumpulan B yang terdiri daripada Perlis United FC, Tok Janggut Warriors FC, Harini KS FC, Kijang Rangers FC, Respect FC, Kuala Lumpur Rovers FC, Bukit Tambun FC, PIB FC dan Real Chukai

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya