Dua kali VAR selamatkan Alisson - Utusan Malaysia

Dua kali VAR selamatkan Alisson

PENGADIL dari Colombia, Wilmar Roldan melayangkan kad merah kepada penjaga gol Brazil, Alisson Beckker (kiri) pada kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Ecuador di Quito, Ecuador semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

QUITO, Ecuador: Alisson ­Becker dilayangkan kad merah dua kali, namun diselamatkan oleh video bantuan pengadil (VAR) dalam aksi kontroversi kelayakan Piala Dunia 2022 yang menyaksikan Brazil seri 1-1 de­ngan Ecuador semalam.

Penjaga gol Brazil itu bernasib baik tidak dibuang padang selepas menerima kad merah pertama pada minit ke-30 kerana mengangkat kaki terlalu tinggi dan hampir mencederakan kepala pemain Ecuador, Enner Valencia.

Selepas merujuk kepada VAR, hukuman diturunkan kepada kad kuning kerana kaki Alisson terkena bola terlebih dulu.

Alisson kemudian dilayangkan kad kuning kedua selepas didapati menumbuk kepala pemain lawan ketika cuba mengeluarkan bola.

PENJAGA gol Brazil, Alisson Becker (kiri) mengangkat kaki tinggi mengenai kepala pemain Ecuador, Enner Valencia dalam kelayakan Piala Dunia 2022 di Quito semalam. – AFP

Sekali lagi, bintang Liverpool itu diselamatkan oleh VAR yang mendapati menyentuh bola terlebih dulu.

Ecuador terkilan kerana VAR bukan sahaja menyelamatkan lawan mereka, malah menafikan dua sepakan penalti yang sepatutnya diterima.

Aksi tegang itu juga menyebabkan kedua-dua pasukan mengharungi sebahagian besar permainan dengan 10 pemain ekoran layangan kad merah.

Begitupun, satu mata yang diraih Ecuador membawa mereka menghampiri Piala Dunia dengan baki tiga perlawanan.

“Saya rasa ini kali pertama insiden sebegini berlaku dalam sejarah bola sepak.

“Saya fikir, tiada yang salah dengan pergerakan saya. Rakan sepasukan juga banyak membantu meyakinkan pengadil. Ini menunjukkan pentingnya VAR dalam bola sepak,” kata Alisson.

Brazil dan Argentina telah pun menempah tiket lebih awal ke Qatar selaku dua pasukan teratas zon Amerika Selatan.

Dalam aksi di Quito, Brazil membuka jaringan seawal minit keenam menerusi Casemiro, namun Felix Torres menyamakan kedudukan 15 minit sebelum tamat permainan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya