Dee Jay Arr A juara Piala FA Liga Bola Sepak Ipoh - Utusan Malaysia

Dee Jay Arr A juara Piala FA Liga Bola Sepak Ipoh

PEMAIN pasukan DJR FC A meraikan kejayaan muncul juara Piala FA PBI Stadium Perak, Ipoh semalam. - UTUSAN/AZIZAN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Selepas menunggu tujuh tahun, pasukan Dee Jay Arr (DJR) ‘A’ FC akhirnya muncul juara Piala FA Persatuan Bola Sepak Ipoh (PBI) 2021.

Bagaimanapun, pasukan itu terpaksa mengerah kudrat sebelum dapat mengatasi pasukan SUK FC dengan jaringan 4-3 dalam perlawanan akhir di sini semalam.

Bagi pasukan DJR, kejayaan itu nyata cukup manis kerana dikecapi pada kemunculan pertama di pentas akhir, sekali gus meraih wang tunai RM3,000.

Sebaliknya pasukan SUK, finalis empat tahun berturut-turut terpaksa terus menggigit jari dan berpuas hati dengan hadiah wang tunai RM2,000.

Perlawanan akhir di atas padang basah dan becak, kedua-dua pasukan bertarung sengit hingga menyaksikan kedudukan terikat 2-2.

Pasukan SUK membuka jaringan melalui Khairul Anas Safri pada minit ke-17 sebelum kelebihan itu dipadam oleh Hafizy Daniel Mohamad pada minit ke-26.

Bagaimanapun seminit kemudian, Mohd. Faizul Azuan meletak pasukan SUK kembali di hadapan.

Kedudukan itu hanya bertahan lima minit apabila Hafizy mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke-32.

Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan gigih berusaha untuk mengatasi lawan.

Bagaimanapun, DJR A meluru ke hadapan apabila menyumbat dua gol melalui G. Goby (m-60) dan Iqbal Zurkurnain (m-63) sebelum Faizul merapatkan jurang.

Begitupun, aksi final di Stadium Perak semalam itu sedikit tercemar apabila berlaku pergaduhan antara pemain kedua-dua pasukan sebaik sahaja selepas wisel pemamat dibunyikan.

Mujur pergaduhan itu tidak menjadi buruk apabila berjaya dileraikan oleh rakan sepasukan serta pegawai perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya