Cukuplah 22 tahun yang penuh pahit, manis - Utusan Malaysia

Cukuplah 22 tahun yang penuh pahit, manis

CHEONG Jun Hoong mengucapkan selamat tinggal kepada sukan terjun selepas 22 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga hari selepas Leong Mun Yee mengumumkan persaraan, seorang lagi penerjun senior, Cheong Jun Hoong pula mengucapkan selamat tinggal selepas 22 tahun berbakti buat negara.

Memiliki kejuaraan dunia dan pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 sebagai pencapaian terhebatnya sepanjang menggalas cabaran negara dari 1999, Jun Hoong mengakui, masanya sudah tiba untuk dia berundur daripada sukan yang amat dicintai.

Biarpun komited untuk terus membawa cabaran Malaysia, namun gadis kelahiran Ipoh itu menerima hakikat kontraknya tidak diperbaharui Majlis Sukan Negara (MSN).

MERANGKUL kejuaraan dunia 2017 pencapaian terhebat dalam karier Jun Hoong.

“Saya merakamkan penghargaan kepada MSN, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) atas sokongan selama ini, tanpa mereka saya tidak akan berada di tempat sekarang.

“Saya juga berterima kasih kepada Institut Sukan Negara (ISN) atas sokongan mereka dalam pelbagai cara, termasuk sokongan perubatan yang diberikan kepada saya melibatkan doktor, fisioterapi pemulihan, kaunselor psikologi dan semua kakitangan lain.

“Terima kasih semua atas sokongan, dorongan dan persahabatan sepanjang perjalanan saya dan untuk semua nasihat dan bimbingan diberikan pada setiap peringkat kerjaya saya. Saya sentiasa bersyukur. Sehubungan itu, saya dengan ini mengumumkan persaraan secara rasmi,” katanya dalam media sosial, Facebook.

MERAIH pingat perak pada Sukan Olimpik 2016 di Rio bersama Pandelela Rinong.

Jun Hoong yang merangkul kejuaraan dunia acara 10 meter platform individu pada 2017 di Budapest mengakui, dia sentiasa percaya seseorang harus tetap merendah diri apabila berjaya dan bertahan walaupun gagal.

“Saya menerima kegagalan baru-baru ini (Sukan Olimpik) dengan tangan terbuka. Sejak menjalani pembedahan lutut kedua pada September 2018,saya hanya menumpukan pada pemulihan dan pada masa sama mengumpulkan keberanian untuk kembali ke beraksi dengan tujuan untuk melakukan yang terbaik di Sukan Olimpik walaupun menghadapi pelbagai halangan.

“Saya akui amat kesal tidak dapat beraksi secara ideal dalam pertandingan walaupun saya sudah berusaha sedaya upaya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya