City semakin 'gayat' di puncak liga - Utusan Malaysia

City semakin ‘gayat’ di puncak liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jaringan Rodri pada waktu kecederaan memastikan Manchester City kian kukuh di tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan menumpaskan Arsenal 2-1, sebentar tadi.

Beraksi menentang lawan yang mengharungi 30 minit terakhir dengan 10 pemain, City memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk melebarkan kedudukan pendahulu kepada 11 mata mengatasi pencabar terdekat, Chelsea.

Ini adalah kemenangan ke-11 berturut-turut dilakar anak-anak buah Pep Guardiola, sekali gus meletakkan mereka di kedudukan kukuh untuk mempertahankan kejuaraan liga.

Beraksi di depan penyokong sendiri, Arsenal yang tampil tanpa kehadiran pengurus pasukan, Mikel Arteta akibat Covid-19 bermula garang dengan permainan menyerang.

Bintang muda sensasi, Bukayo Saka meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-30.

Keadaan mula berubah memasuki babak kedua, terutama selepas City mendapat gol penyamaan menerusi sepakan penalti Riyad Mahrez pada minit ke-57 ekoran tindakan Granit Xhaka menjatuhkan Bernardo Silva.

Skuad Gunners bertambah malang apabila Gabriel dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua, dua minit berselang.

Ketika kedua-dua pasukan kelihatan akan berkongsi mata, Rodri yang membuat kepulangan semula bersama City meledak gol kemenangan, tiga minit memasuki waktu kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya