Cabaran Endurance uji mental, fizikal 200 peserta - Utusan Malaysia

Cabaran Endurance uji mental, fizikal 200 peserta

SEBAHAGIAN peserta Cabaran Endurance Tin Mines musim lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 200 peserta, termasuk dari luar negara bakal menguji ketahanan mental dan fizikal dalam Cabaran Endurance Tin Mines bulan depan.

Pengarah program, Lee Wei Jun berkata, sebanyak tiga kategori bakal dipertandingkan iaitu enam, 12 dan 24 jam yang akan diadakan di Sungai Lembing, Kuantan, Pahang.

Katanya, setiap peserta perlu melengkapkan larian dalam tempoh tersebut atau sekurang-kurangnya jarak minimum yang ditetapkan oleh penganjur.

ANTARA peserta Cabaran Endurance Tin Mines.

“Konsep endurance road run akan mencabar peserta berlari sejauh mungkin dalam tempoh yang yang ditetapkan mengikut kategori masing-masing.

“Bagi kategori 24 jam, peserta perlu berlari dengan jarak minimum 100.8 kilometer (km), 12 jam pula 50.4 km manakala bagi enam jam adalah 28.8 km,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu Wei Jun berkata, untuk penganjuran acara kali ini, semua peserta dan krew akan diwajibkan menjalani ujian saringan kendiri selaras prosedur operasi standard (SOP) yang baharu.

Kejohanan ini dianjurkan Elpis Event Management dan diadakan pada 26 dan 27 Februari depan.

“Kita tidak nafikan kali ini ada kenaikan harga untuk program kali ini kerana ia melibatkan penggunaan topeng muka, kit ujian saringan untuk peserta dan sanitasi.

“Selain itu, kita juga akan menggunakan konsep grab and go untuk makanan dan minuman,” jelasnya.

Pertandingan kali ini juga menawarkan 50 hadiah untuk dimenangi Jumlah semua 50 hadiah menarik untuk dimenangi.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya