Bukan RM2,000 tapi Yob dapat RM4,000 - Utusan Malaysia

Bukan RM2,000 tapi Yob dapat RM4,000

PEMAIN Perak yang muncul juara Piala Tun Abdul Razak, November lalu akan menikmati habuan RM4,000 seorang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Selepas tidak berpuas hati dengan imbuhan yang diberikan selaku juara hoki Piala Tun Abdul Razak 2021, pemain Perak kini bakal menikmati RM4,000 seorang berbanding RM2,000 yang dijanjikan sebelum ini.

Presiden Persatuan Hoki Perak (PHP), Mohd. Sayuti Abdul Samat berkata, jawatankuasa eksekutif persatuan bersetuju menaikkan imbuhan dalam mesyuarat pada Sabtu lalu.

Perak menerima habuan RM130,000 atas kejayaan tersebut, yang mana RM100,000 adalah sumbangan kerajaan negeri dan RM30,000 daripada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC)

“Setiap pemain serta jurulatih akan me­nerima RM4,000, manakala fisioterapi dan pakar psikiatri masing-masing RM2,000.

“Jumlah bayaran keseluruhan ialah RM92,000. PHP akan mengambil RM38,000 untuk pengurusan persatuan,” kata­nya.

Sayuti berkata, jumlah imbuhan itu tidak termasuk RM350 yang diterima semasa kejohanan berlangsung.

Pemain Perak sebelum ini membantah keputusan PHP hanya memberikan RM2,000 seorang sedangkan kerajaan negeri mengumumkan habuan RM100,000 atas kejayaan mereka muncul juara dua tahun berturut-turut, November lalu.

“Jumlah yang diberikan kepada pemain ini adalah berpatutan.

“PHP tidak boleh beri semua kepada pemain, persatuan juga perlu ambil untuk belanja ­pengurusan,” kata Sayuti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya