KUALA LUMPUR: Pendatang baharu Liga Premier, Bomba Fighters akhirnya melakar kemenangan sulung dalam Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 dengan mengejutkan Kelantan Warriors 2-0 di Stadium Titiwangsa, di sini sebentar tadi.
Juara Divisyen 1 musim lalu itu
mempamerkan permainan tersusun di set pertama untuk menang selesa 21-14.
Skuad bimbingan Ahmad Mohd. Zin itu terus mengganas apabila mengakhiri aksi menerusi kemenangan straight set 22-20.
Bomba mempamer peningkatan prestasi dalam pertemuan tersebut yang bukan sahaja mengejutkan pasukan pilihan Kelantan tetapi juga penyokong tegar negeri Pantai Timur tersebut. – UTUSAN ONLINE