Bison perlu elak sedekah mata - Utusan Malaysia

Bison perlu elak sedekah mata

TEKONG Perak Bison, Meor Zulfikar Mat Amin akan menguatkan cabaran Putrajaya Cyborg dalam Piala Juara-Juara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perak Bison perlu mengelak daripada memberikan mata-mata mudah kepada pasukan lawan, jika skuad Seladang itu berhajat mahu melangkah lebih jauh dalam saingan Liga Premier kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022.

Kelemahan itu amat ketara dapat dilihat dalam perlawanan sewaktu menentang juara dan naib juara musim lalu, Kuala Lumpur (KL) Thunder serta ATM Guardians.

Servis yang kerap terkandas ekoran balingan yang kurang kemas daripada pembaling, menyaksikan Perak Bison menghadiahkan mata dengan cukup mudah kepada pencabar mereka.

“Persembahan yang dipamerkan pembaling dan tekong tidak berapa konsisten. Permulaan permainan datang daripada balingan, kalau kita dapat balingan yang cantik Insya-Allah tekong akan dapat servis yang baik.

“Mereka perlu segera perbaiki kelemahan itu kalau hendak melangkah lebih jauh.

“Bagaimanapun, saingan STL masih di peringkat awal, jadi, kita harap kelemahan itu dapat memperbaiki lagi permainan, kita masih ada banyak lagi perlawanan untuk fokus, kita dah nampak apa faktor-faktor kelemahan di peringkat awal dan kita akan perbaiki dari semasa ke semasa,” kata Ketua Jurulatih Perak, Suhairi Abd Aziz kepada Utusan Malaysia

Perak Bison kini telahpun mengharungi lima perlawanan STL, dengan pasukan dari utara tanah air itu kini mencatat satu kemenangan dan empat kekalahan.

Suhairi memberitahu, skuad bimbingannya itu juga berdepan masalah dengan tindakan penyudah yang lemah, walaupun, secara keseluruhan anak-anak buahnya masih ada mempamerkan peningkatan dari segi persembahan.

“Peningkatan itu ada, cuma fokus kepada permainan sehingga lawan mudah menyekat kemaraan kami ketika di pertengahan saingan menjadi punca kepada kekalahan kami.

“Kalau hendak ulas perlawanan demi perlawanan, mereka memang ada peningkatan tetapi tiada keputusan yang baik. Selepas perlawanan hujung minggu ini , kami akan melakukan bedah siasat,” tegas Suhairi.

Selain itu, pengendali Perak Bison itu juga amat berharap Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dapat melakukan sesuatu kepada mutu pengadilan dalam STL agar dapat terus ditambah baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya