ATM tumbang jua akhirnya - Utusan Malaysia

ATM tumbang jua akhirnya

SELANGOR Pistons menjadi pasukan pertama mengalahkan ATM Guardians dalam STL musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rekod tanpa kalah ATM Guardians tercalar setelah tumpas straight-set kepada Selangor Pistons dalam aksi Liga Premier, Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium Titiwangsa dekat sini, sebentar tadi.

Selangor beraksi cemerlang apabila memberikan tentangan hebat kepada pendahulu liga itu apabila menang 22-20 dalam set pertama.

Aksi konsisten diteruskan skuad Lembah Klang itu apabila menutup aksi menerusi kemenangan straight set 21-14.

Kejayaan itu sudah pasti memberi kelegaan kepada jurulatih Ridhuwan Abdul Manaf setelah skuad bimbingannya ditimpa empat kekalahan berturut-turut.

Kemenangan tersebut bermakna Selangor kini melonjak ke tangga keenam memintas Perak Bison yang kini menghuni tempat ketujuh, namun kedua-dua pasukan berkongsi pungutan mata iaitu enam mata.

Bagi ATM Guardians pula, mereka masih kekal di kedudukan pendahulu dengan 14 mata hasil tujuh kemenangan berturut-turut. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya