Astaf sokong STL bukan kerana PSM - Utusan Malaysia

Astaf sokong STL bukan kerana PSM

SAINGAN Liga Sepak Takraw 2021/2022 yang membuka tirai Jumaat lalu akhirnya berjaya diteruskan dengan ‘restu’ Astaf.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Sepak Takraw Asia (Astaf) menegaskan sokongan yang diberikan terhadap kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 tiada kaitan terhadap Persatuan Sepak Takraw Malaysia yang bukan lagi ahli gabungan badan induk asia itu setelah disingkir pada Mei 2021.

Astaf sentiasa bersifat terbuka untuk menerima entiti sepak takraw di Malaysia dengan syarat seluruh kepimpinan terutamanya pemegang jawatan utama mestilah memiliki nilai amanah, integriti, telus, dan bersikap adil kepada semua ahli gabungannya.

HALIM KADER

“Kami tidak akan menerima sesebuah persatuan sukan yang barisan kepimpinannya kerap membawa masalah, namun hak dan pembabitan mereka demi kemajuan sukan sepak takraw tidak akan sesekali dinafikan.

“Oleh itu, rasional sekiranya pemimpin persatuan sukan kebangsaan dipilih berdasarkan kebolehan dan ilmu pengetahuan yang bersesuaian dengan misi dan visi persatuan.

“Persatuan sukan kebangsaan juga mesti meletakkan asas pembelajaran terutama melibatkan elemen berkaitan kepimpinan dan tadbir urus sebagai satu budaya sekiranya ingin melihat pengurusan persatuan berjalan dengan baik,” kata Presiden Astaf, Datuk Abdul Halim Kader dalam satu kenyataan hari ini.

Kejohanan STL 2021/2022 yang membuka tirainya pada 7 Januari lalu sentiasa mendapat sokongan Astaf kerana badan sepak takraw Asia itu menyokong apa jua aktiviti melibatkan pembangunan sepak takraw di seluruh  Asia.

Astaf komited untuk melihat suatu penganjuran berteraskan undang-undang sepak takraw antarabangsa yang melibatkan undang-undang permainan, penggunaan peralatan, soal berkaitan kebajikan pemain, pengadil serta pegawai pasukan.

Begitu juga dengan penganjuran Sukan Asia dan Sukan SEA di mana negara yang menjadi tuan rumah perlu mendapatkan kebenaran Persatuan Sukan Asia atau Pertubuhan Sukan Dunia untuk mempertandingkan sesuatu acara pada temasya tersebut.

“Astaf berharap tahun ini mampu membawa permulaan yang lebih baik ke arah lembaran baharu sepak takraw Malaysia. Mari kita melangkah bersama dalam semangat dan jalinan persaudaraan di Asia malah melangkaui seluruh benua ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya