Aktiviti ‘luar padang’ Rashford resahkan Manchester United - Utusan Malaysia

Aktiviti ‘luar padang’ Rashford resahkan Manchester United

RALF Rangnick (kiri) gembira dengan gol yang dihasilkan Marcus Rashford.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Prestasi buruk ditunjukkan Marcus Rashford sejak beberapa bulan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengurusan tertinggi Manchester United (MU), dan mereka menyifatkan aktiviti luar padang penyerang itu telah menjejaskan permainannya.

Rashford menjadi tumpuan dikritik selepas melepaskan banyak peluang disia-siakan ketika Red Devils menewaskan Aston Villa 1-0 pada aksi pusingan ketiga Piala FA, Isnin lalu.

Setakat ini, penyerang England itu hanya mencetak tiga gol sepanjang musim ini dan bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

Rashford, 24, pernah menerima anugerah Member of the Order of the British Empire (MBE) daripada Ratu Elizabeth II sebagai tanda penghargaan terhadap kempennya yang memberi bantuan makanan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik.

Kempen itu juga menyaksikan Perdana Menteri, Boris Johnson membuat pusingan U terhadap pendiriannya mengenai makanan sekolah percuma untuk kanak-kanak yang memerlukan, namun pujian kepada Rashford di luar padang gagal membantunya bersama United.

Pengendali United, Ralf Rangnick tetap mempertahankan Rashford dan tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya kerana pemain itu menunjukkan komitmen yang baik dalam sesi latihan.

“Sebenarnya saya tidak tahu. Saya rasa dia cuba bersungguh-sungguh. Dalam latihan dia bermain dengan baik dalam beberapa hari kebelakangan ini, sebab itu dia berada dalam kesebelasan utama.

“Saya rasa pada separuh masa pertama kami agak kerap mencarinya dan separuh masa kedua, ia tidak begitu kerap berlaku. Jadi pada penghujung permainan saya memutuskan untuk melakukan dua pertukaran dengan Anthony Elanga dan Jesse Lingard.

“Ia adalah sangat penting untuk mara ke pusingan seterusnya. Ya (keyakinan adalah penting) terutamanya untuk penyerang. Ia adalah penting untuk mereka menjaringkan gol.

“Sudah tentu ia bagus, sebagai contoh, untuk Marcus jika dia boleh menjaringkan gol tetapi selagi dia mencuba, selagi dia berlatih dengan baik saya tidak nampak banyak masalah,” tegasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya