Afcon 2021: Salah inspirasi Mesir ke separuh akhir - Utusan Malaysia

Afcon 2021: Salah inspirasi Mesir ke separuh akhir

MOHAMED Salah (tengah) meraikan jaringannya ketika membantu Mesir menewaskan Maghribi di Stadium Ahmadou Ahidjo, Yaounde hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAOUNDE, Cameroon: Mohamed Salah menjadi inspirasi Mesir mara ke separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) apabila jaringannya membantu juara tujuh kali itu bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Maghribi 2-1 selepas masa tambahan pagi tadi.

Penalti Sofiane Boufal seawal minit keenam meletakkan Maghribi di depan dalam aksi di Stadium Ahmadou Ahidjo.

Ketua pasukan, Salah bagaimanapun menyamakan kedudukan buat Mesir pada minit ke-53 dan keputusan 1-1 kekal hingga tamat 90 minit untuk mengheret permainan ke masa tambahan.

Selepas 10 minit masa tambahan berlangsung, Mahmoud Trezeguet memastikan kemenangan Mesir, sekali gus bakal menemukan mereka dengan tuan rumah, Cameroon pada separuh akhir di Stadium Olembe, Yaounde, Khamis ini.

“Sekarang masa untuk fokus kepada Cameroon. Pemain memberikan apa sahaja hari ini sama seperti setiap perlawanan dan kami harap akan terus menang.

“Sasaran kami ialah mahu menggembirakan rakyat Mesir,” kata Salah selepas menerima anugerah pemain terbaik perlawanan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya