Zii Jia kecewa lagi - Utusan Malaysia

Zii Jia kecewa lagi

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lee Zii Jia mengharungi satu lagi hari yang mengecewakan selepas impiannya untuk mara ke final Jelajah Dunia Akhir berkecai dengan kekalahan mengejut kepada pemain ranking ke-23 dunia, Kunlavut Vitidsarn di Bali, sebentar tadi.

Dianggap pilihan untuk menumpaskan pemain Thailand itu selepas memenangi pertemuan mereka di peringkat kumpulan, Rabu lalu, jaguh No. 8 dunia tersebut bagaimanapun tumpas 18-21, 18-21 dalam masa 44 minit.

Kekalahan itu memanjangkan kemarau kejuaraannya kepada sembilan bulan sejak kali terakhir melakar kemenangan sensasi pada kejohanan All England, Mac lalu.

Penyingkiran Zii Jia juga bermakna cabaran Malaysia dalam kejohanan lumayan yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$1.5 juta (RM6.35 juta) itu berakhir selepas dua lagi wakilnya, Ong Yew Sin-Teo Eei Yi dan Chan Peng Soon kandas dalam saingan masing-masing.

Pemenang pingat perak beregu campuran Sukan Olimpik Rio 2016, Peng Soon-Liu Ying ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan No. 2 dunia dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh- Sapsiree 8-21, 18-21.

Yew Sin-Eei Yi pula tumpas 18-21, 15-21 kepada pasangan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya