Zii Jia elak jumpa Axelsen di separuh akhir - Utusan Malaysia

Zii Jia elak jumpa Axelsen di separuh akhir

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas mempamer prestasi tidak menentu sejak beberapa minggu lalu, Lee Zii Jia akhirnya menunjukkan aksi lebih meyakinkan selepas mara ke separuh akhir badminton Jelajah Dunia Akhir selaku juara Kumpulan B.

Bermakna, juara All England itu mengelak pertembungan dengan juara Olimpik dan dunia, Viktor Axelsen esok, sebaliknya akan berdepan sama pemain India K. Srikanth dan Lakshya Sen atau Kunlavut Vitidsarn dari Thailand dalam undian yang akan dilakukan malam ini.

Zii Jia, 23, melengkapkan kemenangan ketiga berturut-turut dalam Kumpulan B selepas menumpaskan Srikanth 21-19, 21-14 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali, Indonesia hari ini.

Dalam dua perlawanan pertama peringkat kumpulan, Zii Jia turut menang ke atas Vitidsarn dan Toma Junior Popov dari Perancis.

Kejayaan itu sekali gus memperbaiki pencapaiannya dalam penampilan pertama tahun lalu, yang menyaksikan dia gagal melepasi peringkat kumpulan selepas tewas semua tiga perlawanan.

Sementara itu, hasrat beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah untuk melakar satu lagi kejutan tidak kesampaian selepas tumpas 18-21, 11-21 kepada juara Olimpik dari Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu dalam saingan beregu wanita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya