Tok Gajah buat 'pembersihan' - Utusan Malaysia

Tok Gajah buat ‘pembersihan’

SRI Pahang melakukan rombakan dengan tidak menyambung kontrak 14 pemainnya bagi menghadapi Liga Malaysia musim depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sri Pahang melakukan rombakan besar-besaran untuk menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim 2022 apabila tidak menyambung kontrak 14 pemain, termasuk lima import.

Status Ketua Jurulatih Tok Gajah, Dollah Salleh dan barisan kejurulatihannya juga masih menjadi teka-teki kerana pengurusan tertinggi kelab belum membuat keputusan mengenai mereka.

Antara yang tidak disambung kontrak ialah Faisal Rosli, pemain paling lama menyarung jersi Pahang iaitu 2014, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang.

Turut tidak disambung kontrak, penjaga gol Helmi Eliza Alias yang telah bersama Tok Gajah sejak 2016 dan Muslim Ahmad yang menjadi tunjang pertahanan sejak lima tahun lalu.

Fazly Mazlan pula kembali ke pangkuan Johor Darul Ta’zim (JDT) setelah kontrak pinjamannya tamat, manakala pemain muda Zazrir Naim menerima tawaran menyertai Pusat Latihan Polis (Pulapol).

Ezanie Salleh, Arisazri Juhari, Hazri Rozali dan Faizal Rani yang kurang membuat penampilan bersama Sri Pahang musim ini juga tidak mendapat tempat dalam pasukan.

Pemain lincah Argentina, Manuel Hidalgo yang pernah digelar ‘Messi’ Pahang juga tidak dikekalkan bersama empat lagi import, Herold Goulon (Perancis), Abu Bakar Yakubu (Ghana), Kenny Athiu (Sudan) dan penyerang Myanmar, Aung Kaung Mann.

“Kami ucapkan semoga terus berjaya bersama pasukan baharu dan segala keringat yang dicurahkan untuk skuad Tok Gajah akan terpahat selamanya dalam kenangan.

“Hidalgo, Kaung Mann, Abu Bakar dan Kenny meskipun dibawa masuk pada pertengahan musim dan sempat bersama untuk beberapa bulan, namun impak yang mereka berikan dalam membantu pa­sukan keluar dari zon penyingkiran tetap kami hargai,” kata Mohammed Suffian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya