Tidak betul Zii Jia mahu tinggalkan BAM - Utusan Malaysia

Tidak betul Zii Jia mahu tinggalkan BAM

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menafikan khabar angin Lee Zii Jia akan meninggalkan skuad kebangsaan untuk bergerak secara profesional.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh menegaskan, beliau sendiri sudah menghubungi Zii Jia dan juara All England tersebut tidak tahu menahu dari mana berita tersebut muncul.

“Saya baru bercakap dengan Zii Jia dan dia langsung tidak mengetahui khabar angin mengenai dia akan meninggalkan BAM.

“Itu semua khabar angin dan Zii Jia menegaskan bahawa dia akan terus bersama BAM kerana keazaman dan visinya masih sama iaitu untuk menjadi pemain terkemuka negara,” katanya dalam Facebook rasmi BAM.

Kenny berkata, misi utama Zii Jia yang kini berada di ranking ketujuh dunia masih sama iaitu memberi 100 fokus untuk emas pada temasya Olimpik Paris 2024 nanti.

Zii Jia, 23, mengharungi kempen tidak menentu musim ini rentetan kekalahan dalam beberapa kejohanan di Eropah bermula dengan Terbuka Switzerland, Perancis, Terbuka Hylo (Jerman), selain tiga kejohanan di Bali, Indonesia.

Selepas muncul juara All England pada Mac lalu, pemain kelahiran Kedah itu tidak memenangi sebarang kejuaraan, malah beberapa kali kalah kepada pemain ranking lebih rendah.

Sementara itu, BAM tidak menolak kemungkinan menamatkan kontrak beberapa jurulatih atau pemain selepas tamat penilaian prestasi hujung bulan depan.

Katanya, ia perkara normal yang dilakukan badan induk badminton itu setiap tahun yang mana penyingkiran pemain dan jurulatih akan dibuat berdasarkan pencapaian masing-masing.

Begitupun tahun ini ia dilakukan sedikit lewat berdasarkan permintaan Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky yang baru kembali ke Malaysia awal bulan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya