Tiada gunanya ungkit tentang pengadil – Yoshida - Utusan Malaysia

Tiada gunanya ungkit tentang pengadil – Yoshida

IKHSAN Fandi Ahman terpaksa bertukar dari posisi penyerang ke penjaga gol selepas Hassan Sunny dibuang padang pada separuh akhir Piala AFF menentang Indonesia di Stadium Nasional, Singapura kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Biarpun ada beberapa keputusan pengadil tidak menggembirakan Tatsuma Yoshida, namun pe­ngendali Singapura itu enggan memanjangkan isu pengadilan selepas pasukannya disingkirkan daripada Piala AFF dengan penuh kontroversi kelmarin.

Tiga pemain tuan rumah dibuang padang dalam separuh akhir kedua yang menyaksikan Indonesia menang 4-2 di masa tambahan, sekali gus melangkah ke final Piala AFF buat kali keenam menerusi agregat 5-3.

Pengadil, Qasim Matar Ali Al Hatmi dari Oman dikritik hebat bermula dengan tindakannya melayangkan kad kuning ­kedua kepada kepada pertahanan ­Singapura, Safuwan Baharudin pada minit ke-45.

Dia kemudian melayangkan kad merah kepada Irfan Fandi Ahmad di minit ke-66 dan melengkapkan ‘malam malang ­Si­ngapura’ dengan mengarahkan penjaga gol, Hassan Sunny keluar padang pada minit ke-118.

EZRA Harm Ruud Walian (kanan) meraikan jaringan Indonesia ketika menumpaskan Singapura dalam separuh akhir kedua Piala AFF.

“Walaupun kami kehilangan beberapa pemain (ekoran kad merah), kami tidak berputus asa dan saya terharu dengan semangat juang ditunjukkan oleh mereka.

“Ini persembahan terbaik mereka sejak saya mula bergelar jurulatih Singapura (Mei 2019). Saya berasa cukup gembira dapat bekerja dengan mereka dan saya berbangga dengan mereka.

“Mentaliti tidak berputus-asa ini perkara paling penting. Kami menunjukkan bahawa kami boleh meningkat, menjadi lebih kuat dan membawa bola sepak Singapura di tahap lebih tinggi.

“Keputusan pengadil adalah muktamad. Sekiranya dia me­ngatakan itu adalah kesalahan, ia merupakan kesalahan. Sekiranya dia mengatakan kad merah, ia adalah kad merah. Kami perlu menerimanya.

“Itu bola sepak. Walaupun ia satu keputusan yang sukar untuk diterima, kami tetap perlu untuk menerimanya,” kata Yoshida.

Biarpun sudah lima kali ­melangkah ke final sebelum ini, namun skuad Garuda tidak pernah merangkul Piala AFF sejak kejohanan diperkenalkan pada 1996.

Perlawanan akhir akan berlangsung pada 29 Disember dan 1 Januari 2022 di Stadium ­Nasional.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya