Tajul Hasnan perjelaskan isu EGM kumpulan 14 diiktiraf PJS - Utusan Malaysia

Tajul Hasnan perjelaskan isu EGM kumpulan 14 diiktiraf PJS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Setiausaha Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) Tajul Hasnan Omar mengaku berlaku salah faham berhubung kenyataan beliau dalam isu penganjuran Kongres Tergempar (EGM) kumpulan 14 pada Ahad lalu.

Menurutnya, sebenarnya Pesuruhjaya Sukan (PJS) hanya memberikan persetujuan EGM itu diadakan dan belum lagi memberikan mengiktirafnya secara rasmi.

“Saya tersilap apabila mengatakan PJS mengiktiraf EGM itu.

“Saya mohon maaf jika ia membuatkan ada pihak tersinggung.

“Semoga permohonan maaf saya ini dapat meredakan kemarahan pihak tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pihak yang mengecamnya ekoran tersiar berita dalam media bahawa PJS mengiktiraf EGM itu.

Menurut Tajul, beliau bertemu PJS untuk bertanyakan status 12 daripada 18 ahli gabungan yang dipecat ketika hendak mengadakan EGM.

“Kami dimaklumkan tiada masalah untuk mengadakan mesyuarat itu.

“Kini kami sedang menunggu surat pengkitirafan dari Pesuruhjaya Sukan mengenai mesyuarat itu,” katanya.

Beliau berharap penjelasannya itu dapat menjelaskan dakwaan serta meredakan kemarahan dalam kalangan ahli Pafa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya