Syukur kaki saya masih berfungsi - Utusan Malaysia

Syukur kaki saya masih berfungsi

TIGER Woods dan anaknya, Charlie Woods menamatkan Kejohanan PNC di Kelab Golf Ritz Carlton Grande Lakes, Florida semalam selaku naib juara. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Legenda golf Amerika Syarikat (AS), Tiger Woods puas dapat menamatkan Kejohanan PNC biarpun terlepas untuk me­lakar kemenangan apabila gagal menyempurnakan birdie pada pusingan terakhir semalam.

Bekas pemain No. 1 dunia itu yang beraksi dalam kejohanan pertama sejak mengalami kecederaan akibat kemalangan kereta 10 bulan lalu, melakukan 11 birdie berturut-turut bersama anaknya 12 tahun, Charlie untuk mencatat 15 di bawah par 57.

Gandingan bapa dan anak itu menamatkan saingan dengan 25 di bawah par pada kejohanan dua pusingan di Lapangan Golf Ritz Carlton di Orlando.

Pasangan Woods gagal me­lakukan birdie ke-12 di par lima lubang ke-18 dengan sekadar mencatat par, sekali gus terlepas peluang memberi tekanan kepada juara dunia, John Daly bersama anaknya John Daly II.

Gandingan Daly menu­tup kempen dengan birdie untuk menamatkan sai­ngan dengan 27 bawah par dan meraih kemenangan dengan kelebihan dua pukulan.

Woods yang hampir memotong kaki kanannya selepas kemalangan kereta di Los Angeles, Februari berkata, dia sangat bersyukur dapat bermain semula.

“Saya gembira dan bersyukur kerana dapat me­lakukannya.

“Saya masih mempunyai kaki yang sebelum ini menjadi persoalan dan ia masih berfungsi. Saya hanya benar-benar letih.

“Saya sedikit letih kerana sudah terlalu lama tidak beraksi, namun saya seronok dapat kembali ke lapangan bersama anak saya,” kata Woods yang menutup kempen di tangga kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya