Skuad kedua Liverpool pun boleh menang - Klopp - Utusan Malaysia

Skuad kedua Liverpool pun boleh menang – Klopp

PEMAIN Liverpool memberi penghormatan kepada penyokong yang hadir di Stadium San Siro, Milan, Itali kelmarin selepas menumpaskan AC Milan 2-1 dalam perlawanan Kumpulan B, Liga Juara-Juara. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Jurgen Klopp kagum de­ngan prestasi Liverpool yang mampu memahat rekod meskipun merehatkan ramai tonggak ketika menumpaskan pendahulu Serie A yang juga juara Eropah tujuh kali, AC Milan 2-1 dalam Liga Juara-Juara semalam.

Reds muncul kelab England pertama memenangi semua enam perlawanan peringkat kumpulan ketika menyingkirkan AC Milan daripada saingan elit Eropah itu di San Siro.

Fikayo Tomori memberi permulaan sempurna buat Milan apabila membuka jaringan pada minit ke-29, namun Liverpool bertindak balas pantas dengan menyamakan kedudukan menerusi Divock Origi di minit ke-36.

Hanya 10 minit selepas babak kedua bersambung, Mohamed Salah melengkapkan kemena­ngan Reds.

DIVOCK Origi (kanan) meraikan jaringannya ketika Liverpool menumpaskan AC Milan 2-1 dalam perlawanan Kumpulan B, Liga Juara-Juara di San Siro, Milan, Itali semalam. – AFP

Liverpool merehatkan ramai tonggak termasuk kapten, Jordan Henderson, Diogo Jota, Thiago Alcantara, Virgil van Dijk, Trent Alexander-Arnold, Andrew ­Robertson dan Joel Matip.

“Terdapat banyak perkara membanggakan malam ini. Ia luar biasa bukan kerana kami menang enam perlawanan tapi cara kami bermain biarpun melakukan ba­nyak pertukaran.

“Memang mudah untuk saya membuat pertukaran tetapi pemain mestilah mempunyai keyakinan.

“Ia tidak memberi trofi (menang semua perlawanan), namun mara ke pusingan seterusnya de­ngan 18 mata maksimum bagus untuk motivasi,” kata Klopp.

Klopp menurunkan remaja 19 tahun, Tyler Morton di bahagian tengah sepanjang 90 minit.

Dia turut membawa dua bintang akademi, Conor Bradley dan Max Woltman masing-ma­sing berusia 18 tahun itu untuk penampilan sulung.

Benteng Reds yang dirombak 100 peratus mempamer aksi meyakinkan, di mana Ibrahima Konate dan Nathaniel Phillips mengisi posisi bek tengah, manakala Konstantinos Tsimikas kiri dan Neco Williams kanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya