Siapa buat 'hal' akan digugurkan - Guardiola - Utusan Malaysia

Siapa buat ‘hal’ akan digugurkan – Guardiola

JACK Grealish (kanan) dan Phil Foden disisihkan dalam pertemuan menentang Newcastle United, Ahad lalu kerana menunjukkan tingkah laku tidak bagus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pep Guardiola memberi amaran kepada pemainnya agar menjaga tingkah laku di luar padang jika tidak mahu digugurkan daripada pasukan selepas menyisihkan Jack Grealish dan Phil Foden ketika Manchester City menang 4-0 menentang Newcastle, Ahad lalu.

Pengurus Manchester City itu tidak berpuas hati dengan keadaan duo England tersebut melaporkan diri untuk latihan selepas mereka dikatakan keluar lewat malam dan menunjukkan tingkah laku tidak elok selepas perlawanan menentang Leeds minggu lalu.

Guardiola sering mengingatkan pemainnya supaya lebih berhati-hati sepanjang tempoh perayaan kerana Covid-19 yang semakin merebak dan membahayakan.

“Saya tidak menyenaraikan mereka bukan kerana sistem penggiliran, tidak. Saya memutuskan siapa yang layak bermain untuk pasukan ini.

“Menjelang sambutan Krismas, saya memberi ba­nyak perhatian berkaitan tingkah laku pemain sama ada di dalam atau di luar padang.

“Apabila tingkah laku pemain di luar padang tidak elok, mereka tidak akan bermain untuk pasukan.

“Kami perlu fokus sepanjang masa kerana gangguan Covid-19 ketika ini dan semua yang berlaku. Anda perlu kekal berdisplin,” kata pengendali dari Sepanyol itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya