Sherman bukan ancaman saya - Mintah - Utusan Malaysia

Sherman bukan ancaman saya – Mintah

KPAH SHERMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jordan Mintah tidak menganggap kehadiran Kpah Sherman dalam Terengganu FC sebagai ancaman untuk menyerlah, sebaliknya mereka mampu menjadi gandingan mantap musim depan.

Bekas penyerang Kedah itu dilihat bakal menghadirkan saingan sengit dalam posisi serangan, namun Mintah menyifatkan Sherman sebagai pemain berkualiti yang sering membantu rakan sepasukan.

Bahkan, dia tidak melihat ­situasi itu daripada sudut negatif kerana apa yang lebih penting adalah bagaimana mereka perlu bekerjasama untuk memantapkan lagi pasukan, selain menganggap ia akan menjadi persaingan sihat untuk sama-sama memperbaiki prestasi di tahap terbaik.

JORDAN MINTAH

“Kpah (Sherman) merupakan pemain yang cukup bagus dan saya percaya kami berdua akan menjadi gandingan terbaik untuk sama-sama memantapkan lagi bahagian serangan.

“Saya tidak anggap dia sebagai pencabar dan saya melihat kehadiran dia dari sudut positif untuk kami bekerjasama dan saya percaya dengan percaturan jurulatih buat pasukan.

“Saya tengok dia (Sherman) seorang pemain yang sentiasa berjuang di atas padang, begitu juga dengan saya.

“Sebab itu, saya rasa dengan adanya dia, pasukan akan bertambah baik dan kami berdua bersedia untuk bantu pasukan,” katanya.

Dalam masa sama, pemain kelahiran Ghana ini juga tekad untuk cuba memburu gelaran penjaring terbanyak Liga Super musim depan selepas meraih gelaran sama di pentas Liga Perdana musim ini.

Jelasnya, musim 2021 me­ninggalkan kenangan manis buat dirinya yang berjaya mencipta nama dan menjadi antara pe­nyerang yang digeruni selepas meraih 25 gol secara keseluruhan termasuk Piala Malaysia.

“Ia satu pengalaman yang sangat manis dan dengan sokongan yang saya dapat daripada penyokong cukup menggembirakan saya untuk musim ini.

“Cuma saya selalu cakap dekat diri sendiri yang saya ingin menjadi lebih baik daripada sekarang pada setiap musim dan kena bekerja lebih keras,” ujarnya.

Terengganu FC menamatkan musim 2021 di tangga keempat Liga Super dan mara hingga ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia sebelum tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya