Sepak takraw Perak menuju era semi-pro - Utusan Malaysia

Sepak takraw Perak menuju era semi-pro

BARISAN pemain yang akan menggalas cabaran Perak Bison dalam STL 2021/2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sukan Sepak Takraw di Perak mengorak maju selangkah dengan menuju era ‘semi profesional’ dalam kempen Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 bermula 7 Januari depan.

Ini berikutan langkah Persa­tuan Sepak Takraw Perak Darul Ridzuan (Persedar) memper­kenalkan ‘yuran kontrak’ (signing fee) kepada pemain Perak Bison.

Setiausaha Persedar, Mohd. Jaffrey Zainol berkata, langkah itu dalam usaha persatuan me­ningkatkan nilai pemain.

Katanya, ‘yuran kontrak’ asalnya adalah ketetapan kelab di Thailand bagi pelepasan pemain mereka ke STL.

“Jadi untuk musim ini kita buat perkara yang sama kepada semua pemain tempatan agar bakat dan mutu permainan mereka diiktiraf,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Katanya sebaik saja pemain menandatangani kontrak, mereka akan menerima yuran tanda tangan sebagai tanda komitmen kedua-dua pihak.

“Yuran ini tidak termasuk elaun kejohanan dan elaun permainan yang turut disebut di dalam kontrak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya