Saya tak pernah ‘pilih’ Hodak bimbing Harimau Malaya – TMJ - Utusan Malaysia

Saya tak pernah ‘pilih’ Hodak bimbing Harimau Malaya – TMJ

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan beliau pernah menyarankan Bojan Hodak sebagai calon terbaik untuk membimbing Harimau ­Malaya.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu mengulas kenyataan bekas pemain kebangsaan, Hairuddin Omar bahawa beliau pernah memberitahunya, Hodak sesuai mengendalikan Malaysia kerana arif dengan pemain tempatan.

Kata Tunku Ismail, beliau tidak berhasrat mencampuri urusan pengurusan skuad kebangsaan yang ketika ini dikritik hebat kerana penyingkiran awal dalam Piala AFF 2020 di Singapura.

“Tidak benar! Saya tiada kena mengena dengan pasukan kebangsaan dan tiada pendapat.

“Buat masa ini keutamaan dan tumpuan saya adalah membantu mangsa banjir dan membuat persiapan jikalau Johor banjir. Terima kasih,” katanya dalam ­Instagram.

Hairuddin sebelum ini ber­kongsi di laman sosial pe­nga­laman menghadap Tunku Ismail ketika mewakili Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFAM).

BOJAN Hodak (dua, kanan) membawa KL City muncul juara Piala Malaysia bulan lalu.

Beliau bertanyakan mengenai jurulatih mana menjadi pilihan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT)itu untuk mengendalikan Harimau Malaya.

“Sewaktu dulu, saya pernah borak santai bersama TMJ ketika diberi ruang untuk menghadap. Ketika itu beliau baru saja gugurkan Bojan Hodak dan Nenad Bacina daripada JDT ketika menjuarai Liga Super buat pertama kali (2014).

“Saya bertanya siapa yang akan Tunku lantik sekiranya berpeluang untuk menguruskan pasukan negara dan beliau memilih Bojan untuk menjadi ketua jurulatih.

“Saya tanya mengapa Bojan sedangkan dia dibuang dari staf kejurulatihan JDT?

“Beliau jawab di JDT mereka ada philosophy of play dan corak permainan Bojan tidak sesuai dengan falsafah yang diterapkan. Tetapi untuk pasukan negara, beliau merasakan Bojan lebih sesuai kerana ada beberapa perkara pada pandangan beliau pasukan negara akan berjaya dan berkembang di bawah kendalian Bojan.

“Bojan sudah kenal dan tahu kualiti pemain tempatan kita. Bojan juga tahu kualiti pasukan negara-negara serantau. Bojan juga sudah faham budaya sosial Malaysia,” kata Hairuddin.

Selain membimbing JDT me­rangkul gelaran Liga Super pertama, Hodak juga pernah membantu Kelantan muncul juara treble pada 2012, selain melatih skuad bawah 19 tahun kebangsaan.

Pengendali dari Croatia itu juga baru membantu Kuala Lumpur City memahat sejarah menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dalam tempoh 32 tahun de­ngan menumpaskan JDT 2-0 pada 30 November lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya