Safawi semakin 'sakit' - Utusan Malaysia

Safawi semakin ‘sakit’

SAFAWI RASID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketika luka di hati akibat penyingkiran awal Harimau Malaya dalam Piala AFF belum pun sembuh, Safawi Rasid terpaksa menanggung sakit fizikal apabila terpaksa berehat sehingga tiga minggu akibat kecederaan.

Pertembungan Safawi dengan pertahanan kiri Indonesia, Alfeandra Dewangga dalam perebutan bola tinggi ketika Malaysia tumpas 1-4 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Singapura, Ahad lalu menyebabkan sayap kanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu retak tangan kanan.

“Saya okay sahaja, cuma retak sikit. Dua ke tiga minggu Insya-Allah sembuh,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Biarpun Safawi agak ‘suram’ di pentas Liga Malaysia (Liga M) sejak pulang dari kelab Portugal, Portimonense SC pada Oktober 2020, selain dihantui kecederaan, namun pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu mempamer sentuhan berbisa dalam kempen Piala AFF 2020.

Selepas meledak satu gol ketika membantu Malaysia menumpaskan Kemboja 3-1 dalam aksi pembukaan, dia melakar hatrik sewaktu Harimau Malaya membelasah Laos 4-0 pada perlawanan kedua.

Empat jaringan yang terhasil di Singapura membolehkan Safawi berkongsi senarai penjaring terbanyak bersama penyerang sensasi Thailand, Teerasil Dangda dan pemain Filipina, Bienvenido Maranon.

Begitupun, susulan kegagalan skuad negara layak ke separuh akhir, kedudukan itu mungkin berubah dengan Dangda memiliki kelebihan untuk menambah jaringan, manakala pemain dari Indonesia, Vietnam dan Singapura turut berpeluang menokok gol.

Selepas mengharungi jadual Liga M yang amat padat, di mana final Piala Malaysia hanya berakhir pada 30 November, Safawi boleh berehat seketika dalam tempoh pemulihan sebelum kembali menyertai kelab pada pertengahan bulan depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya