LONDON: Cristiano Ronaldo mengejutkan peminat bola sepak apabila dikatakan menawar diri kepada Barcelona hanya empat bulan selepas membuat kepulangan semula ke Old Trafford.
Menurut laporan, bintang Portugal itu tidak gembira bersama Manchester United, kelab yang ditinggalkan 12 tahun lalu sebelum kembali pada Ogos lepas.
Ronaldo, 36, dikatakan telah menghubungi bek tengah Barcelona, Gerard Pique dan memintanya untuk bercakap dengan pengurus pasukan, Xavi.
Ejen kapten Portugal itu, Jorge Mendes juga dikatakan sudah memulakan rundingan dengan Presiden Barcelona, Joan Laporta, menurut Mundo Deportivo.
Bagaimanapun, laporan itu dikatakan hanya ‘prank’ yang dibuat media Sepanyol sempena Krismas. – AGENSI