‘Ronaldo’ cetus perbalahan di India - Utusan Malaysia

‘Ronaldo’ cetus perbalahan di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOA, India: Patung emas Cristiano Ronaldo yang baru dibina di India telah mencetuskan perbalahan dalam kalangan rakyat serta peminat bola sepak negara itu.

Terletak di barat Goa, di mana bola sepak sangat popular di sana, pembinaan patung emas yang dianggarkan bernilai 12,000 pound (RMRM67,000) diharap dapat memberi inspirasi kepada golongan muda.

Bagaimanapun Goa juga pernah dijajah oleh Portugal dan sudah 60 tahun negeri itu bebas daripada jajahan.

Pengkritik berkata, bintang bola sepak tempatan seharusnya diberi penghormatan terutama apabila beberapa pemain skuad kebangsaan India sejak dahulu sehingga sekarang berasal dari Goa.

“Sangat kecewa mendengar yang patung Ronaldo didirikan. Belajar untuk berbangga dengan ikon kita sendiri seperti Samir Naik dan Bruno Coutinho,” kata seorang penduduk Goa kepada agensi berita IANS.

Semasa majlis perasmian patung tersebut, beberapa orang mengibarkan bendera hitam sebagai tanda protes, lapor akhbar Times of India.

Ronaldo, 36, yang juga kapten Portugal amat popular di Goa, namun sesetengah rakyat di India berasakan adalah satu penghinaan mendirikan patung itu semasa sambutan ulang tahun ke-60 Goa bebas daripada dijajah Portugal.

Selain Ronaldo, pasukan Portugal juga sangat terkenal di Goa kerana ramai penduduk di situ mempunyai saudara di negara Eropah tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya