Red Devils lega hanya Pogba cedera - Utusan Malaysia

Red Devils lega hanya Pogba cedera

PAUL POGBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Ralf Rangnick menarik nafas lega apabila Manchester United hampir mempu­nyai skuad penuh apabila bertandang ke Newcastle untuk aksi Liga Perdana Inggeris yang tertunda, Isnin ini selepas dua perlawanan mereka sebelum ini ditangguhkan akibat Covid-19.

Hanya bintang tengah Perancis, Paul Pogba masih cedera dan tidak dapat disenaraikan oleh pengendali sementara itu bagi perlawanan pertama Red Devils dalam tempoh 16 hari.

Perlawanan antara United menentang Brentford dan Brighton antara 12 aksi liga yang ditangguhkan sepanjang dua minggu lalu susulan lonjakan kes Covid-19.

“Dalam sesi latihan terakhir, kami hanya mempunyai lapan pemain padang (bukan penjaga gol) dan tiga penjaga gol.

“Kemudian kami terpaksa menutup padang latihan bagi memutuskan rantaian (Covid-19).

“Hari ini adalah hari ketiga latihan minggu ini dan kami mempunyai 25 pemain. Paul Pogba sahaja tidak terlibat, yang lain semuanya ada,” kata Rangnick.

Menurut Rangnick, majoriti pemain dijangkiti Covid-19 secara tidak bergejala dan boleh kekal cergas dengan berlatih di rumah.

Kepadatan jadual yang disebabkan penangguhan beberapa perlawanan menimbulkan kerisauan berkenaan kebajikan pemain.

Rangnick menyokong cada­ngan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp dan Pep Guardiola (Manchester City) yang mahu peraturan lima pertukaran pemain diper­kenalkan semula.

Ia dilaksanakan pada akhir musim 2019/2020 apabila liga bersambung selepas rehat tiga bulan akibat pandemik.

Liga Perdana Inggeris antara beberapa liga tertinggi Eropah yang kembali kepada peraturan tiga pertukaran selepas ancaman Covid-19 mulai reda. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya