PJS iktiraf EGM 14 ahli gabungan Pafa - Utusan Malaysia

PJS iktiraf EGM 14 ahli gabungan Pafa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pesuruhjaya Sukan ( PJS) mengiktiraf kongres luar biasa (EGM) anjuran ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) di sini pada Ahad lalu.

Setiausaha Pafa, Tajul Hasnan Omar berkata, PJS juga merumuskan pemecatan 12 ahli gabungan persatuan itu tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan.

“Tidak timbul pertikaian lagi kerana Pesuruhjaya Sukan sudah buat keputusannya.

“Lupakanlah semua yang berlaku. Kita rapatkan barisan dan bekerjasama demi bola sepak Perak,” katanya.

Melalui EGM anjuran 14 ahli gabungan itu, Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Hilir Perak (PBDHP), Datuk Mohd. Azhar Jamaluddin dilantik sebagai Presiden baharu Pafa.

Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Kerian (PBDK), Datuk Sham Mat Sahat pula dilantik sebagai Timbalan Presiden.

Presiden baharu Pafa itu juga melantik ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman sebagai bendahari Persatuan itu.

Bagaimanapun keputusan EGM itu tidak diterima oleh tiga Naib Presiden yang mengepalai Pafa sebelum ini.

“Tidak mengapalah. Kami tidak mahu bergaduh dengan sesiapa. Biar mereka selesaikan dahulu urusan-urusan mereka.

“Mungkin selepas itu mereka akan menyertai gabungan ini,” kata Tajul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya