Perak dapat durian runtuh RM100,000 - Utusan Malaysia

Perak dapat durian runtuh RM100,000

PEMAIN Perak yang muncul juara Piala Tun Abdul Razak, November lalu akan menikmati habuan RM4,000 seorang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kejayaan muncul juara hoki Piala Tun Abdul Razak bulan lalu membolehkan Perak menerima insentif RM100,000.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad yang mengu­mumkan perkara itu berkata, insentif itu sebagai menghargai kejayaan skuad hoki Perak yang mempertahankan kejuaraan.

“Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan hoki lelaki negeri Perak yang telah menjadi johan Piala Tun Abdul Razak selama dua tahun berturut-turut.

“Maka dengan ini sukacita saya mengumumkan kerajaan negeri bersetuju untuk memberi insentif RM100,000 kepada pasukan hoki berkenaan,” katanya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini semalam.

Dalam final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 21 November lalu, Perak membawa pulang kejua­raan selepas menewaskan Pahang 2-1.

Skuad Yob bukan sahaja mengekalkan kejuaraan yang dimenangi musim lalu, malah memenangi trofi ke-11 dalam sejarah Piala Tun Abdul Razak.

Sementara itu, bagi penyertaan Perak ke Sukan Malaysia (Sukma) 2020, Saarani berkata, sebanyak RM4 juta telah disediakan bagi pelbagai keperluan kejohanan termasuk Para Sukma.

“Bagi tujuan melancarkan sesi latihan atlet, kerajaan ne­geri menyediakan RM1.4 juta untuk sewaan fasiliti sukan,” katanya.

Katanya, untuk Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (Maksak) pula, kerajaan negeri telah memperuntukan RM500,0000 bagi penyertaan di peringkat kebangsaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN