Perak Bison sasar naik podium dalam STL 2021/2022 - Utusan Malaysia

Perak Bison sasar naik podium dalam STL 2021/2022

ABDUL Puhat Mat Nayan (tiga dari kiri) beramah mesra bersama pemain dalam majlis memperkenalkan barisan penuh Perak Bison yang akan beraksi dalam Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Ipoh semalam. – UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Selepas kecewa dengan prestasi hambar musim lalu, Perak Bison mahu bangkit dengan menyasarkan kedudukan empat terbaik dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 yang bermula 7 Januari depan.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Perak Darul Ridzuan (Persedar), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan yakin sasaran itu mampu dicapai.

Katanya, tahun ini gandingan pemain lama dan baharu telah menunjukkan komitmen tinggi untuk bangkit memberi sai­ngan kepada pasukan-pasukan seperti Kuala Lumpur, ATM dan Johor.

“Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada pemain kita. Walaupun letak nombor empat, itu sasaran paling kurang tapi matlamat kita untuk kejuaraan.

“Harapan saya juga kepada peminat, sokonglah kita untuk kita berjaya,” kata­nya ketika mengumumkan lapan pemain Perak Bison di Ipoh semalam.

BARISAN pemain yang akan menggalas cabaran Perak Bison dalam STL 2021/2022

Perak Bison muncul juara STL 2019 tetapi merudum ­de­ngan prestasi mengecewakan pada saingan STL 2020.

Dalam saingan STL 2021/22, Perak Bison menyandarkan harapan kepada lima pemain lama iaitu kapten Meor Moha­mad Zulfikar Mat Amin (tekong), Muhamad Asyraaf Abdul Hadi dan Muhamad Azwan Muhrim (apit kiri) serta Amirul Ramadhan Fazillah Suhaimi dan Mohd. Azizul Mohammad Sairi (apit kanan).

Pasukan itu turut diperkuatkan dengan kehadiran bekas pemain Penang Black Panthers, Madzrul Aziq Mat Tahir (apit kanan), Muhammad Haziq Mat Zaki (tekong) dan tekong import dari Thailand, Anuwat Sombatdee.

Kesemua pemain telah memulakan latihan di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Suhairi Abd. Aziz sejak hampir dua bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya