Perak Bison mampu cabar kejuaraan STL - Utusan Malaysia

Perak Bison mampu cabar kejuaraan STL

MEOR Zulfikar Mat Amin (berdiri, dua dari kiri) bersama Perak Bison sedia memberi cabaran dalam STL 2021/2022 yang akan membuka tirai pada 7 Januari depan. – UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kapten Perak Bison, Meor Zulfikar Mat Amin yakin pasukan itu mampu memberi cabaran sengit dalam Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 bermula 7 Ja­nuari depan.

Selepas mengalami kemerosotan prestasi musim lalu, ­pemain berusia 25 tahun itu optimistik pasukannya mampu mengulangi kegemilangan STL 2019, di mana mereka menamatkan kempen selaku juara.

“Kami akan berusaha memberikan persembahan terbaik kali ini.

“Pemain yang ada mampu membawa pasukan berada dalam kelompok empat terbaik, sekali gus layak ke Piala Juara-juara STL,” katanya.

Pemain Perak Bison me­nunjukkan kesungguhan dan disiplin tinggi di bawah kelolaan jurulatih, Suhairi Abd Aziz.

Keyakinan Meor Zulfikar berdasarkan kehadiran empat pemain musim lalu yang masih bersama pasukan dalam kempen yang bermula di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Mereka adalah Asyraaf Abdul Hadi, Azwan Muhrim, Amirul Ramadhan Fazillah Suhaimi dan Mohd. Azizul Mohammad Sairi.

Turut berada dalam skuad lapan pemain itu ialah tiga pemain muda, Mohd. Aziq Mat Tahir, Muhammad Haziq Mat Zaki dan Anuwat Sombatdee.

Kesungguhan tekong berusia 25 tahun yang pernah memenangi anugerah Tekong Terbaik STL Divisyen 1 2016 itu jelas apabila berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 10 kilogram.

Tindakannya itu melahirkan rasa kagum dalam kala­ngan pegawai terutama Presiden Per­sa­tuan Sepak Takraw Perak Darul Ridzuan (Persedar), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya