Perak Bison berdebar tunggu nasib Anuwat - Utusan Malaysia

Perak Bison berdebar tunggu nasib Anuwat

Anuwat Sombatdee
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak Bison menunggu kata putus penganjur, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) mengenai penggunaan pemain import dalam Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 yang bermula 7 Januari depan.

Bison antara pasukan yang akan mengguna khidmat pemain luar dalam saingan musim ini dengan menggunakan tekong Thailand, Anuwat Sombatdee.

“Jika mereka kata boleh guna Anuwat, kami akan guna kalau sebaliknya kami akan akur,” kata pengurus pasukan, Mohd. Jaffrey Zainol.

Beliau yang juga Setiausaha Persatuan Sepak Takraw Perak Darul Ridzuan (Persedar) juga akan menunggu keputusan Persatuan Sepak Takraw Thailand (PST) sama ada membenarkan tekong berusia 19 tahun itu beraksi dalam STL itu nanti.

Isu penggunaan pemain import dari Thailand timbul berikutan amaran oleh Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader dalam kenyataannya memberi amaran kepada empat pemain Thailand supaya tidak beraksi dalam STL anjuran PSM.

Selain Anuwat, pemain lain yang terbabit adalah Swatbanchan Seekhwa (Johor Tigiris), Aekasit Naphom (Penang Black Panthers) dan Kupithat Khatmimalan (Bomba).

ASTAF semalam berkata, sekiranya terdapat pelanggaran, pemain luar yang menyertai STL, mereka boleh dikenakan tindakan disiplin termasuk penggantungan ataupun didenda maksimum sehingga AS$10,000 (RM41,951).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya