Pemain Liga Perdana ancam lancar mogok - Utusan Malaysia

Pemain Liga Perdana ancam lancar mogok

PEMAIN Liga Perdana Inggeris mungkin melancarkan mogok jika pentadbir liga terus memaksa mereka meneruskan jadual perlawanan yang padat dan tidak menukar peraturan sedia ada.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain dan pengurus Liga Perdana Inggeris (EPL) mengadakan dua mesyuarat ber­asingan dengan pentadbir liga semalam bagi membincangkan mengenai krisis Covid-19 yang menyebabkan banyak jadual ditunda dan mendatangkan ‘malapetaka’.

Mesyuarat menggunakan aplikasi Zoom itu diadakan beberapa jam selepas pengendali Manchester City, Pep Guardiola mencadangkan pemain mengadakan mogok selepas menganggap penganjur hanya mementingkan kelangsungan pertandingan berbanding kebajikan mereka.

Cadangan Guardiola turut disokong Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA), malah Ketua Eksekutifnya, Maheta Mo­lango mengesahkan prospek mogok akan dilancarkan sudah dibincangkan.

PEP GUARDIOLA

“Saya telah bercakap dengan ramai pemain senior mengenai isu ini. Saya boleh beritahu anda ia tidak akan senyap begitu sahaja.

“PFA akan berdiri bersama pemain. Jika kami bersatu, ia akan memberi kekuatan sangat besar.

“Sekarang terpulang kepada mereka yang mengendalikan liga di semua peringkat untuk mengambil serius perkara ini,” kata Molango.

PENTADBIR Liga Perdana Inggeris digesa memperkenalkan semula peraturan lima pertukaran pemain berbanding tiga ketika ini.

Sementara itu, Guardiola mendesak EPL menggunakan semula peraturan lima pertukaran berbanding tiga ketika ini.

“Itu jauh lebih baik dengan jumlah pertandingan yang ba­nyak tapi Liga Perdana memutuskan ‘tidak’,” katanya.

Pemain menggunakan mesyua­rat itu untuk membe­ritahu pentadbir liga mengenai kebimbangan terhadap kesihatan mereka, terutama tindakan pe­nganjur enggan merehatkan liga ketika sambutan Tahun Baharu.

Bos Everton, Rafael Benitez turut menyokong EPL dihentikan sehingga 2022.

Everton antara pasukan terjejas takibat Covid-19 kerana hanya sembilan pemain mereka cergas untuk menentang Burnley esok.

Semalam, dua aksi liga melibatkan Liverpool menentang Leeds dan Watford bertandang ke Wolverhampton yang dijadual esok ditunda. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya