MADRID: Karim Benzema memberi tepukan kepada penyokong selepas mereka menyanyi ‘Karim, Ballon d’Or’ ketika dia meledak gol tunggal yang membawa Real Madrid menumpaskan Athletic Bilbao 1-0 awal pagi tadi.
Kemenangan itu memastikan Real mengungguli La Liga dengan tujuh mata mengatasi pencabar terdekat, Atletico Madrid.
Benzema meledak gol ke-20 dalam 24 perlawanan musim ini, sekali gus meletakkan Los Blancos di landasan untuk menjulang trofi liga utama Sepanyol ketika saingan berbaki 15 perlawanan.
Lionel Messi memenangi anugerah Ballon d’Or, pemain terbaik dunia buat kali ketujuh kelmarin, meletakkan Benzema si tangga keempat.
“Kami berada di landasan yang baik dan suasana di sini, hari ini sangat bagus untuk pasukan,” kata pengendali Real, Carlo Ancelotti.
Tujuh kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan membolehkan Real menjarakkan diri dari pesaing mereka. – AGENSI