Menjelang separuh akhir menentang Vietnam, pasukan Thailand dapat hadiah iPhone13, jam tangan Rolex - Utusan Malaysia

Menjelang separuh akhir menentang Vietnam, pasukan Thailand dapat hadiah iPhone13, jam tangan Rolex

MADAM Pang (kanan) bersama barisan pemain yang diberikan hadiah menjelang perlawanan Thailand menentang Vietnam. - TWITTER THAILAND NATIONAL FOOTBALL TEAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pemain Thailand menerima hadiah berupa iPhone13 dan jam tangan Rolex daripada pengurus pasukan kebangsaan, Nuanphan Lamsam menjelang perlawanan menentang Vietnam dalam Piala AFF 2020 (Piala AFF 2021).

CNN Indonesia melaporkan, pengurus yang digelar Madam Pang itu membuat kejutan pada malam semalam.

Madam Pang datang ke hotel pemain dan membahagikan sejumlah hadiah sebagai melepaskan ketegangan menjelang pertandingan separuh akhir melawan Vietnam, Khamis ini.

Berdasarkan laporan Siam Sport, jumlah hadiah yang dibawa dan diagihkan oleh Madam Pang kepada Chanathip Songkrasin dan rakan-rakannya mencecah jutaan baht.

Menariknya, hadiah yang disediakan bukan sahaja untuk pemain, tetapi juga untuk barisan kejurulatihan dan semua elemen pasukan terbabit.

Keseluruhannya ada 15 hadiah disediakan. Beberapa jenis hadiah ialah Hermes Constance, jam tangan Rolex, jam tangan Hermes, Prada, Christian Dior, Tea.Nel dan iPhone13.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Bola Sepak Thailand (FAT), Somyot Poompanmoung menjanjikan bonus 10 juta baht jika menewaskan Vietnam dan layak ke pusingan akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya