Lupakan Cools untuk tiga aksi pertama Piala AFF - Utusan Malaysia

Lupakan Cools untuk tiga aksi pertama Piala AFF

DION COOLS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia yang sudah pun kehilangan beberapa pemain akibat kecederaan, berdepan satu lagi masalah pada Piala AFF 2020 selepas tonggak pertahanan, Dion Cools hanya dapat memperkuatkan pasukan pada aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Indonesia, 19 Disember nanti.

Cools, 25, mempunyai komitmen bersama kelab Denmark, FC Midtjylland dalam dua perlawanan suku akhir Piala Denmark (5 dan 13 Disember), selain aksi Liga Europa pada 10 Disember.

“Kita tidak dapat menggunakan khidmatnya dalam masa terdekat kerana dia terlibat dengan beberapa perlawanan bersama kelabnya ketika ini dan kemungkinan hanya akan membantu pasukan selepas aksi menentang Vietnam (12 Disember).

“Saya sentiasa berkomunikasi dengannya dan pada masa sama dia (Cools) memberi kata-kata semangat pada rakan sepasukan serta yakin dengan kemampuan skuad pada kejohanan kali ini,” kata Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Biarpun baru menyarung jersi Malaysia Jun lalu, namun Cools pantas menunjukkan keserasian dan menguatkan benteng skuad kebangsaan sepanjang kelayakan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Malaysia yang meletakkan sasaran mara ke final buat kali kedua berturut-turut akan membuka kempen dengan menentang Kemboja hari ini, diikui Laos (Khamis), Vietnam (Ahad) dan Indonesia pada 19 Disember.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya