Liu Ying tidak pasti langkah ke mana - Utusan Malaysia

Liu Ying tidak pasti langkah ke mana

Goh Liu Ying
GOH LIU YING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketika Chan Peng Soon sudah mengesahkan akan kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Goh Liu Ying mengakui, dia belum memutuskan apa yang mahu dilakukan selepas berpisah dengan pasa­ngannya itu.

Isnin lalu, Peng Soon me­ngumumkan dia dan Liu Ying akan membawa haluan ma­sing-masing selepas 13 tahun bergandingan dalam acara ­beregu campuran.

Sehari selepas membuat pengumuman tersebut, BAM mengesahkan Peng Soon, 33, akan menyertai mereka sebagai mentor pemain muda, malah dia dikaitkan dengan kemungkinan digandingkan bersama bintang muda, Pearly Tan, 21.

Liu Ying, 32, mengakui, dia berulang kali diasak dengan soalan apakah persaraan adalah pilihannya selepas berpisah dengan Peng Soon atau akan mencari pasangan baharu.

“Sepanjang kerjaya badminton saya, 90 peratus bersama Peng Soon.

“Daripada acara beregu campuran tidak dipertandingkan, sehinggalah saya meraih pencapaian di Sukan Olimpik Rio 2016 (meraih pingat perak).

“Saya bukan pemain terbaik Malaysia tetapi kerana adanya Peng Soon, barulah bermulanya perjalanan beregu campuran kami selama ini.

“Selama 13 tahun berpasa­ngan, bunyi macam lama tetapi sekelip mata telah berlalu. Kenangan pahit, manis, salah faham, harapan, tekanan, ke­raguan, kecederaan dan sebagainya, pelbagai cabaran dan rintangan telah kami atasi bersama.

“Ramai yang tanya jika Liu Ying sudah gantung raket? Sebenarnya saya pun tertanya-tanya soalan yang sama dalam hati tetapi malangnya belum ada jawapannya.

“Bagilah saya sedikit masa. Terima kasih kepada semua atas sokongan anda selama ini,” kata pemain kelahiran Melaka itu.

Biarpun sering dihimpit kecederaan, malah pernah melakukan pembedahan lutut sepanjang kariernya yang panjang, namun gandingan Liu Ying dan Peng Soon masih mampu meraih 12 gelaran antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya