'Kome buat malu Yob' - Utusan Malaysia

‘Kome buat malu Yob’

Zainol Padzi Paharuddin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) perlu bangkit semula dengan segera daripada kemelut yang melandanya ketika ini agar kembali ke landasan awal.

Bekas Presiden Pafa, Datuk Zainol Padzi Paharuddin berharap persatuan itu dipulihkan serta mencari pemimpin yang komited dan berminat.

“Saya kecewa dengan apa yang berlaku, bola sepak Perak menuju kehancuran. Sengketa ini harus dihentikan, ia sungguh memalukan.

“Semua kena muhasabah diri sendiri, buangkan ego dan rasa sombong,” katanya.

Zainol yang menerajui Pafa dari tahun 2010-2015 berkata, di bawah kepimpinannya, Pafa berjaya menyelesaikan hutang RM4.3 juta kepada pemain, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP), Perkeso dan pembekal perkhidmatan.

“Saya tinggalkan Pafa dengan ada padang latihan di Chepor, rumah pemain ada empat buah bernilai RM1.2 juta.

“Saya tinggalkan Pafa dengan program pembangunan yang hebat yang diakui oleh FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan banyak FA (persatuan bola sepak) negeri hingga berjaya muncul juara Piala Malaysia 2018,” katanya.

Menurutnya, pasukan Piala Presiden dan Belia sentiasa berada dalam kelompok empat terbaik serta Perak memasuki empat final Sukan Malaysia (Sukma) dengan muncul juara tiga kali.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak menasihatkan Pafa mencari pelabur dan rakan kongsi yang ada kewangan kukuh.

“Pafa perlu kaji semula kadar gaji. Dulu saya tetapkan gaji siling RM800,000 untuk semua pasukan dan pentadbiran sebulan. Bagaimanapun sejak 2016, ia naik dua hingga tiga kali ganda,” katanya.

Beliau juga menasihatkan Pafa supaya berbelanja ikut kemampuan dan menilai pemain dengan betul.

“Lebih penting katanya Pafa perlu mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri kerana ada peranan kerajaan negeri kepada bola sepak Perak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya