Kebangkitan hebat bawa Liverpool ke separuh akhir Piala Liga - Utusan Malaysia

Kebangkitan hebat bawa Liverpool ke separuh akhir Piala Liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menyingkirkan Leicester City menerusi penentuan penalti 5-4  selepas aksi suku akhir Piala Liga Inggeris berakhir 3-3 di Anfield awal pagi tadi.

Turut meneruskan kemaraan ke separuh akhir Chelsea dan Tottenham.

Tottenham menang tipis 2-1 ke atas West Ham, manakala Chelsea meledak dua gol lewat permainan untuk menumpaskan Brentford 2-0.

CHELSEA turut melangkah ke separuh akhir.

Dalam aksi di Anfield, Jurgen Klopp melakukan 10 pertukaran terhadap skuad  yang seri 2-2 di Tottenham Ahad lalu selepas Liverpool berdepan empat kes positif Covid-19.

Jamie Vardy meletakkan Leicester di depan seawal minit kesembilan sebelum menggandakan kedudukan empat minit berselang.

“Saya sangat gembira dengan persembahan, semangat dan mentaliti pemain. Kami berdepan kesukaran pada babak pertama dan terpaksa melakukan perubahan.

“Membawa (Diogo) Jota masuk amat membantu dan Milly (James Milner) turut melakukan perkara yang sama dan mereka sangat hebat,” kata Klopp.

ALEX Oxlade-Chamberlain memulakan kebangkitan Reds.

Alex Oxlade-Chamberlain memulakan kebangkitan Liverpool dengan merapatkan jurang pada minit ke-19 tetapi Leicester kembali menjarakkan diri menerusi rembatan James Maddison.

Klopp kemudian memasukkan tiga tonggak selepas rehat dan salah seorang daripada mereka, Jota menghidupkan peluang Liverpool dengan jaringan 22 minit sebelum tamat permainan.

DIOGO Jota meraikan jaringannya.

Penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel berjaya menafikan percubaan penyerang Portugal itu untuk gol penyamaan, namun aksi cemerlang Takumi Minamino berjaya menyamakan kedudukan buat Liverpool pada minit kelima masa kecederaan.

TAKUMI Minamino (kiri) meledak gol penyamaan pada waktu kecederaan.

Minamino bagaimanapun terlepas sepakan penalti tetapi penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher berjaya menyelamatkan sepakan Luke Thomas dan Ryan Bertrand sebelum Jota meledak penalti kemenangan.

Reds kini akan menentang Arsenal pada separuh akhir bulan depan. Gunners mara selepas membenam Sunderland 5-1 semalam.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya