Kean Yew hadiahkan kejuaraan dunia pertama buat Singapura - Utusan Malaysia

Kean Yew hadiahkan kejuaraan dunia pertama buat Singapura

LOH KEAN YEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Loh Kean Yew melengkapkan tahun 2021 yang amat menakjubkan apabila menghadiahkan kejuaraan badminton dunia pertama buat Singapura di Huelva, Sepanyol malam tadi.

Pada ketika Malaysia masih tercari-cari juara dunia pertamanya sejak 1977, Kean Yew yang dilahirkan di Pulau Pinang memahat sejarah buat negara jiran dengan merangkul gelaran perseorangan lelaki.

Pemain berusia 24 tahun itu menumpaskan pencabar dari India, K. Srikanth 21-15, 22-20 dalam perlawanan akhir.

Kean Yew yang menghuni ranking ke-22 turut mengejutkan juara Olimpik yang juga penyandang gelaran, Viktor Axelsen dari Denmark dalam laluan muncul juara.

“Saya tidak boleh berfikir ketika ini. Pada permulaan tahun, saya langsung tidak terfikir semua ini akan berlaku. Saya amat, amat, amat gembira.

“Srikanth pemain serangan yang hebat, jadi saya sudah mempersiapkan pertahanan dengan sebaiknya. Ia tidak mudah untuk menangani tekanan,” kata Kean Yew, yang dilamar oleh Singapura ketika berusia 12 tahun.

Sementara itu, Akane Yamaguchi dari Jepun muncul juara perseorangan wanita selepas menundukkan jaguh No. 1 dunia dari Taiwan, Tai Tzu Ying 21-14, 21-11.

Dalam beregu lelaki, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi menjadi pasangan pertama Jepun muncul juara dunia selepas menewaskan He Ji Ting-Tan Qiang dari China 21-12, 21-18.

Kejuaraan beregu wanita pula menjadi milik Chen Qing Chen-Ji Yifan dari China, yang meraih gelaran kedua selepas mengatasi Lee Sohee-Shin Seungchan dari Korea Selatan 21-16, 21-17.

Dalam beregu campuran, pilihan kedua dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai muncul juara dengan menundukkan pasangan Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-13, 21-14.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya