Kalahkan Kemboja, Laos peluang lebih baik - Utusan Malaysia

Kalahkan Kemboja, Laos peluang lebih baik

MALAYSIA turun dengan misi memburu tiga mata pertama apabila menentang Kemboja dalam aksi pembukaan Piala AFF di Stadium Bishan, Singapura hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menang dua perlawanan pembukaan Kumpulan B, peluang Malaysia untuk layak ke separuh akhir Piala AFF 2020 lebih baik.

Itu strategi awal Harimau Malaya yang akan memulakan kempen di Singapura hari ini dengan menentang Kemboja, sebelum berdepan Laos pada Khamis ini.

Walaupun masih berteka-teki mengenai kesebelasan utama, Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe juga bersedia mempertaruhkan penyerang naturalisasi, Guilherme de Paula dalam misi mencari tiga mata pertama di Stadium Bishan.

Biarpun prestasi De Paula sering dikritik sebelum ini, namun Cheng Hoe percaya penyerang kelahiran Brazil itu sudah mampu menangani tekanan di dalam dan luar padang, selain semakin matang.

“Kalau kita lihat De Paula dia dah matang dari segi bagaimana menguruskan tekanan. Dia boleh sesuaikan diri dengan tekanan, di mana dalam latihan dia bersungguh-sungguh dan tahap keyakinannya tinggi.

“Kita harap De Paula dapat memberi sesuatu atau memberikan gol atau impak yang terbaik untuk pasukan, dan kita mengharapkan juga bukan sahaja De Paula tetapi keseluruhan pemain yang diturunkan dapat memberi sesuatu persembahan yang terbaik untuk pasukan juga,” kata Cheng Hoe.

TAN CHENG HOE

Kata Cheng Hoe, beliau tidak kisah perlawanan menentang Kemboja hari ini berakhir dengan kemenangan besar atau tipis kerana yang pentinga dalah menang.

“Sejujurnya, hanya kemenangan yang boleh memberi makna besar buat skuad kebangsaan dalam menentukan nasib serta hala tuju pasukan pada peringkat kumpulan kali ini.

“Jika berjaya meraih kemenangan besar, ia adalah rezeki tetapi jika kemenangan nipis juga tidak menjadi masalah asalkan kita dapat memulakan kempen dengan langkah kanan,” katanya pada sidang akhbar, semalam.

Selain Kemboja dan Laos, Malaysia juga akan bertemu Vietnam pada Ahad ini, diikuti Indonesia dalam perlawanan terakhir kumpulan, 19 Disember.

Mengulas pertemuan dengan Kemboja hari ini, Cheng Hoe berkata, Malaysia sudah meneliti corak permainan skuad Pahlawan Angkor dan mendapati mereka memiliki perbezaan ketara sejak tiga tahun lalu.

“Kemboja dilihat mempamerkan taktikal bola sepak moden dengan mengamalkan serangan balas pantas yang perlu diberi perhatian.

“Mereka juga memiliki pasukan yang berkualiti dengan kombinasi pemain muda dan berpengalaman seperti Chan Vathanaka.

“Bagaimanapun saya harap, persiapan yang kami jalani sejak awal minggu lalu sudah cukup untuk memastikan keputusan positif dapat diraih Malaysia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya