Jangan terburu-buru buang Cheng Hoe - Utusan Malaysia

Jangan terburu-buru buang Cheng Hoe

TAN Cheng Hoe (kiri) tidak harus dipersalahkan sepenuhnya atas kegagalan Harimau Malaya pada Piala AFF di Singapura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun ramai yang mendesak Tan Cheng Hoe dipecat dan ditukarkan dengan jurulatih luar negara ekoran kegagalan Malaysia pada Piala AFF 2020, namun bekas pengendali kebangsaan, B. Sathianathan menolak sekeras-kerasnya idea berkenaan.

Kata Sathianathan, semua pihak harus tahu punca sebenar kegagalan skuad negara sebelum menyalahkan jurulatih, pemain atau Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sepenuhnya.

“Ketika mula-mula Cheng Hoe mengambil alih Harimau Malaya, dia mengendalikan pasukan dengan sangat baik, namun, sejak kebelakangan ini keputusan tidak memihak kepada kita.

“Adakah dengan kegagalan di Singapura, Cheng Hoe terus dianggap jurulatih yang tidak bagus? Bagaimana dia mampu membawa pasukan negara memberi tentangan sengit kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, dan Vietnam sewaktu kelayakan Piala Dunia dahulu.

B. SATHIANATHAN

“Ramai yang bercakap tentang Cheng Hoe perlu dipecat dan digantikan dengan jurulatih dari Jepun dan Korea. Kemboja ambil jurulatih Jepun pun kalah.

“Apa yang saya mahu lihat sekarang, jangan cari salah orang tetapi cari dahulu kelemahan pasukan kita, adakah kegagalan itu berpunca daripada jurulatih, pengurusan atau pemain itu sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengarahkan pengurusan pasukan kebangsaan untuk mengemukakan laporan bedah siasat dan analisis lengkap mengenai prestasi Harimau Malaya sepanjang kempen di Singapura kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan.

Laporan bedah siasat itu akan diteliti oleh Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan sebelum dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kelak.

Sathianathan berkata, FAM sedang mengkaji punca kelemahan pasukan dan kajian ini diperlukan kerana kita harus membuat penilaian berdasarkan kepakaran, akal dan bukan hanya bercakap kosong.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya