Indonesia tidak akan main bertahan - Utusan Malaysia

Indonesia tidak akan main bertahan

SHIN TAE-YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Indonesia, Shin Tae Yong menegaskan corak bertahan tidak akan menjadi pilihannya menjelang aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF 2020 berdepan Malaysia di Stadium Nasional, Singapura, malam ini.

Jelasnya taktikal ‘parking bas’ itu terpaksa digunakan ketika menentang Vietnam kerana lawannya merupakan pasukan terbaik dalam kempen kali ini, selain merupakan strategi terbaik untuk mencuri sekurang-kurangnnya satu mata.

Bagaimanapun, berdepan skuad Harimau Malaya, jurulatih Korea Selatan itu tidak melihat pendekatan itu sebagai taktikal yang sesuai selepas menganalisis dan mengkaji corak permainan anak buah Tan Cheng Hoe.

“Sebagai jurulatih memang bertanggungjawab untuk memimpin dan menyediakan pasukan sebelum menghadapi lawan, dengan menganalisa kelemahan dan kelebihan pasukan yang bakal dihadapi.

“Memang Vietnam satu pasukan yang terbaik dan terkuat di Piala AFF ini, jadi memang kami tidak memberi fokus kepada penguasaan bola.

“Sebaliknya kami memang mengharapkan seri sahaja untuk layak ke separuh akhir tetapi bertemu Malaysia kami akan menilai setiap kelebihan dan kelemahan mereka juga.

“Jadi kami akan menyediakan strategi mengikut kemampuan lawan kami nanti. Saya akan menyediakan pasukan dengan sistem yang sesuai lawan Malaysia,” katanya yang juga bekas jurulatih skuad Korea Selatan.

Skuad Garuda hanya perlukan keputusan seri manakala Harimau Malaya memerlukan tiga mata untuk mara ke separuh akhir kejohanan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya