Indonesia singkir 8 pemain Singapura - Utusan Malaysia

Indonesia singkir 8 pemain Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menamatkan perlawanan dengan lapan pemain, Singapura mempamer semangat juang tinggi sebelum disingkirkan oleh Indonesia dalam separuh akhir Piala AFF sebentar tadi.

Tuan rumah bernasib malang apabila tiga pemainnya dibuang padang, namun masih mampu mengheret permainan ke masa tambahan sebelum tumpas 2-4 di Stadium Nasional, Singapura.

Kekalahan itu bermakna, Indonesia melangkah ke perlawanan buat kali keenam menerusi agregat 5-3, iaitu final pertama mereka sejak 2016.

Indonesia mendahului seawal minit ke-10 menerusi Ezra Walian sebelum Singapura terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pertahanan Selangor, Safuwan Baharudin dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-45.

Kekurangan itu tidak menghalang Singapura mendapatkan gol penyamaan menerusi Song Ui Yong di hujung babak pertama sebelum mereka kehilangan seorang lagi pemain, Irfan Fandi pada minit ke-66 susulan layangan kad merah.

Stadium Nasional bergema pada minit ke-75 apabila sepakan percuma Shahdan Sulaiman membolosi gawang Indonesia, namun Pratama Arhan mengheret saingan  ke masa tambahan dengan gol kedua Indonesia pada minit ke-87.

Peluang Singapura ke final terbuka apabila  dihadiahkan sepakan penalti di hujung permainan, namun Faris Ramli mensia-siakan kesempatan terbaik itu apabila penaltinya ditepis Nadeo Argawinata.

Tuan rumah bertambah malang selepas penjaga gol, Hassan Sunny pula dibuang padang pada minit ke-119.

Jaringan sendiri Shawal Anuar dan Egy Maulana Vikri pada masa tambahan mengecewakan Singapura.

Indonesia kini akan menentang pemenang di antara Thailand atau Vietnam yang akan berentap dalam satu lagi separuh akhir esok.

Thailand memegang kelebihan 2-0 pada separuh akhir pertama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya