Hati Akram ‘hancur remuk’ - Utusan Malaysia

Hati Akram ‘hancur remuk’

AKRAM MAHINAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas membawa Kuala Lumpur City (KL City) melakar sejarah menjulang Piala Malaysia, Akram Mahinan mengakui memasang impian besar membantu skuad Harimau Malaya menjuarai Piala AFF.

Bagaimanapun hasrat itu terpaksa dilupakan selepas dia mengalami kecederaan pangkal paha, situasi yang membuatkan hati bintang tengah kelahiran Kedah tersebut remuk.

Kata Akram, dia amat sedih dan kecewa tidak dapat bersama Harimau Malaya kerana kekalahan kepada Vietnam pada final 2018, dia telah memasang hajat untuk menebus kekecewaan berkenaan.

“Kecewa tapi tidak boleh buat apa-apa sebab memang tidak sempat untuk kembali cergas dan pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

“Masa tewas dekat final Piala AFF 2018, memang ingin muncul juara untuk edisi akan datang tapi mungkin bukan rezeki saya untuk tahun ini bersama skuad negara.

“Lagipun ini akan menjadi penampilan kedua untuk saya di Piala AFF jika beraksi. Saya harap rakan-rakan lain dapat memberikan yang terbaik di Singapura nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Bekas pemain Kedah itu menjadi tonggak KL City menamatkan kemarau 32 tahun untuk kembali mendakap Piala Malaysia selepas menundukkan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0, Selasa lalu.

Aksi final Piala AFF 2018 menyaksikan Malaysia tewas dengan agregat 3-2 kepada Vietnam selepas terikat 2-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum tewas 0-1 di Hanoi.

“Dulu ramai netizen kebanyakan tak yakin pasukan kami pada 2018 mampu pergi jauh tapi kami buktikan dengan mara ke final.

“Tahun ini pun sama, saya percaya rakan-rakan yang akan ke Piala AFF ini. Saya doakan dan harapkan kejayaan mampu dibawa pulang oleh mereka,” katanya yang menunjukkan prestasi cukup cemerlang bersama KL City musim ini.

Ketika ditanya tentang video tular melibatkan dia dengan pemain tengah JDT Afiq Fazail yang kelihatan menyepak kakinya, Akram menganggap ia perkara biasa dalam bola sepak.

“Biasa la main bola sepak, kalau ada tersentuh atau sebagainya ia perkara normal. Luar padang kami kawan seperti biasa, jadi x perlu besarkan perkara macam itu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya