'Harap kali ini betul-betul bayar' - Utusan Malaysia

‘Harap kali ini betul-betul bayar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Lega dan gembira.

Itu perasaan bekas ketua pasukan Perak FC, Hafizul Hakim khairul Nizam Jothy sebaik sahaja mendapat tahu bekas majikannya akan membayar tunggakan empat bulan gaji bermula Jumaat ini.

Walaupun tidak mengetahui apa-apa butiran mengenai pembayaran gajinya tetapi Hafizul yang sudah beralih arah menyertai Penang FC menyambut berita itu dengan gembira.

“Harap-harap biarlah betul kerana sudah berlanjutan terlalu lama.

“Ada yang tertunggak tiga bulan dan ada yang lima bulan,” kata bekas penjaga gol kebangsaan itu kepada Utusan Malaysia.

HAFIZUL Hakim khairul Nizam Jothy kini milik Penang FC.

Kata Hafizul, dia tidak tahu kaedah bayaran kerana hanya akan mengadakan pertemuan dengan pemilik Perak, Impact Media & Communication Sdn Bhd (IMC), Sabtu ini.

Menurut pemain itu, Perak FC bukan sahaja berhutang gaji tetapi juga tunggakan baki kontrak 2022.

“Saya masih ada kontrak setahun tetapi ia tidak diperbaharui oleh Perak.

“Jadi mereka perlu bayar pampasan kepada saya.

“Begitu juga pemain lain seperti An (Amirul Azhan Aznan) dan Rafiuddin Roddin,” katanya.

Semalam, IMC dalam satu kenyataan berkata, gaji pemain Perak yang tertunggak empat bulan bermula Ogos hingga November akan mula dibayar pada Jumaat ini, diikuti pembayaran kedua pada 31 Januari.

“Para pemain sangat penting bagi kelab dan dalam tempoh mencabar ini, kami mahu memastikan kebajikan pemain dijaga supaya mereka boleh memberikan fokus kepada permainan dan menikmati sukan bola sepak tanpa sebarang kegusaran,” kata Pengerusi Eksekutif Perak FC, Khairul Nizam Mahmood.

Biarpun tidak menyatakan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh kelab, namun IMC mendedahkan, ia melibatkan jutaan ringgit.

Tambah beliau, pihaknya juga akan memanggil pemain-pemain import yang tiada lagi di Malaysia melalui wakil atau kesatuan pada minggu selepas pembayaran pertama dibuat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya