Hafizul Hakim akhirnya ‘angkat kaki’ - Utusan Malaysia

Hafizul Hakim akhirnya ‘angkat kaki’

HAFIZUL HAKIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Gara-gara tiada sebarang tindakan, Perak FC makin parah apabila hilang khidmat seorang lagi pemain utama, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Ketua pasukan dan penjaga gol paling berpengalaman itu menjadi pemain terbaharu meninggalkan Bos Gaurus musim depan selepas Amirul Azhan Aznan memilih untuk menyertai Kedah kelmarin.

“Sah saya akan menyarung jersi pasukan lain musim baharu nanti tetapi saya tidak boleh nyatakan ke pasukan mana.

“Biarlah majikan baharu saya umumkan,” kata pemain berusia 28 tahun itu kepada Utusan Malaysia semalam.

Seperti Azhan, keputusan berpindah itu dibuat selepas kecewa dengan sikap dan cara Perak FC melayani dirinya.

Amirul Azhan Aznan bakal menyarung jersi Kedah musim depan.

“Sebagai pemain yang telah lama menyumbang kudrat kepada pasukan saya kecewa dengan cara layanan Perak FC terhadap kami.

“Kami hanya akan diterima jika bersetuju dengan syarat pemotongan gaji. Jumlah yang mahu dipotong cukup besar.

“Kami setuju untuk pemotongan tetapi biarlah berpada, bila potong terlalu besar ia ganggu komitmen kami.

“Pemain yang keluar ini sebenarnya semua hendak kekal tahun depan tetapi bila tengok ke­adaan yang berlaku menunjukkan jalan keluar untuk kami.

“Saya rasa tidak ada pemain yang waras akan bersetuju de­ngan apa yang ingin dilakukan,” katanya.

Hafizul menjangkakan seorang atau dua lagi rakan sepasukan akan turut angkat kaki.

Apapun Hafizul reda dengan apa yang berlaku menyedari ini era bola sepak profesional.

“Bila orang dah tidak mahu khidmat kita apa guna tunggu lagi. Bumi Allah ini luas. Carilah tapak baru di mana kita diperlukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya